Peringkat-Peringkat Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak
Pemerolehan bahasa telah bermula semenjak bayi lagi melalui perlakuan dan kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan. Proses perlakuan melibatkan aktiviti pemahaman dan penerbitan. Proses kecekapan pula melibatkan pengetahuan bahasa penguasaan tatabahasa secara tidak sedar. 3 bahagian pemerolehan bahasa yang diperolehi secara serentak ialah pemerolehan sintaksis, semantik dan fonologi. Berikut ialah peringkat pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak.
Peringkat
|
Pemerolehan Bahasa
|
Bayi Berusia 3 Bulan
Hanya mampu mengangkat kepala
|
Mula membebel
|
6 Bulan
Boleh duduk dengan bantuan
|
Intonasi bebelan seperti bahasa
|
1 Tahun
Mula berjalan apabila tangan dipegang & dapat berdiri
|
Holo frasa muncul
|
1Tahun 3 Bulan
Berjalan huyung-hayang & merangkak ketika menaiki tangga
|
Mampu menyampaikan pemanjangan dan penyempitan kata
|
1Tahun 6 Bulan
Berlari dengan baik dan naik turun tangga dan merangkak ketika turun tangga dengan berundur
|
Mengucapkan 2 holo frasa yang berturutan dengan cepat
|
1 Tahun 9 Bulan
Berjalan cepat & cuba berlari
|
Mula mengucapkan ayat 2 kata
|
2 Tahun
Berlari dengan baik dan turun tangga dengan 1 kaki ke depan.
|
Mula mengucapkan ayat 3 kata
|
2 Tahun 6 Bulan
Mula menaiki basikal roda tiga dengan 2 kaki menolak
|
Mula mengucapkan ayat 4 kata dengan mempunyai system vokal lengkap
|
3 Tahun
Dapat menaiki basikal roda tiga & menaiki tangga berselang kaki
|
Tahu menggunakan Kata Ganti Nama dan Kata Nama.
|
3 Tahun 6 Bulan
Mula belajar melompat
|
Konsonannya dikuasai kecuali gugusan konsonan.
|
4 Tahun
Menuruni tangga berselang seli.
|
Sintaksis baik tetapi terhad.
|
5 Tahun
Menaiki dan menuruni tangga dengan berlari dan melompat dengan baik
|
Gugus konsonan tepat.
|
Huraian Peringkat-peringkat dalam pemerolehan bahasa
PERINGKAT VOKALIS (BEBELAN)
Berusia sejak lahir hingga 10 bulan.Pada peringkat ini, bayi melahirkan bunyi-bunyi bukan bahasasebagai latihan dan kawalan alat artikulasi dan bagi menyelaraskan pernafasannya. Bayi hanya dapat mengenal pasti bunyi-bunyi suku kata vokal,konsonan dan pola intonasi bahasa terutamanya pola ayat penyata,ayat tanya dan ayat seruan.Contoh bunyi bukan bahasa yang dibunyikan ialah :ee……eee……, uu……uu……, aa……aaa……, oo……oo…..
|
HOLOFRASA (PERTUTURAN SATU KATA)
Berusia dari 10 bulan sehingga 18 bulan.kanak-kanak mula menuturkan kata pertama tanpa sintaksis untuk menamakan objek, meminta sesuatu, menegaskan tindakan dan juga untuk melahirkan sesuatu yang rumit. Pertuturan ini bermula dengan kata yang bersuku kata mudah atau berulang.Kemudiannya beransur-ansur maju kepada suku kata tunggal berlainan pola atau berupaya mencantumkan beberapa suku kata.Contoh pertuturan satu suku kata ialah:ma-ma, ba-ba, ma-man, ne-nek, sa-kit
|
TELEGRAFIK (PERTUTURAN 2 & 3 SUKU KATA)
Berusia 18 bulan hingga 4 tahun.Kanak-kanak pada peringkat ini sudah berupaya menyebut dengan jelas dua atau tiga perkataan. Kombinasi kata inti yang pendek sama ada kata nama, kata kerja dan kata sifat, beransur maju kepada ayat pendek dua atau tiga kata. Bertujuan meminta, bertanya, menjawab, memberitahu dan sebagainya.Contoh pertuturan holofrasa ialah :nak makan, ibu mana, adik nak ikut.
|
PERKEMBANGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS
Berusia 5 hingga 12 tahun.Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan nafian,soalan, dan struktur ayat yang lebih kompleks dan berguna dalam bahasanya.
Pada umur 9 atau 10 tahun ke atas, kanak-kanak memperoleh semua struktur bahasa pertamanya pada tahap pra olahan (rendah-sederhana). Namun meningkat ke tahap olahan konkrit pada umur 11hingga 12 tahun.Selepas umur 12 tahun, kanak-kanak mencapai olahan formal atau memperoleh struktur bahasa orang dewasa. Contoh ayat kompleks yang digunakan ialah: saya dan adik bermain bola bersama kawan-kawan.
|
Sumber :http://www.scribd.com/doc/11959433/psikolinguistik
No comments:
Post a Comment